Sunday 21 August 2011

Kemarau 11 Tahun Highbury + Emirates Berakhir

Luis Suarez membantu Liverpool meraih kemenangan liga pertama.  Juga kemenangan pertama  ke atas Arsenal di Stadium Emirates selepas 11 tahun.. Kemenangan 2-0 itu kini membolehkan Liverpool menduduki tangga kedua liga dengan 4 mata selepas Aston Villa.

Pada separuh masa pertama tiada sebarang gol di jaringkan. Separuh masa kedua, Arsenal bermain hanya 10 orang, apabila Emmanual Frimpong di layangkan kad merah, setelah melakukan kekasaran pada minit ke 70. Minit 71 Liverpool melakukan dua pertukaran, Memasukan Luis Suarez dan Raul Meireles,  bagi menggantikan Andy Carrol dan Dirk Kuyt. 

Percaturan Kenny Dalglish ternyata menjadi gandingan Suarez dan Meireles telah membuahkan hasil dengan jaringan Suarez utk menjadikan kedudukan 2-0 minit ke 90. Sebelum itu gol pertama Liverpool hasil sumbangan gol sendiri pemain tengah Arsenal, Aaron Ramsey minit 78. Kipas susah mati Liverpool mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ramsey.

Gandingan terbaik


Gol kemenangan Suarez

Frimpong yang mengecewakan skuad Meriam

Manager yang paling hampa

King yang gembira

No comments:

Post a Comment