Saturday 27 August 2011

Insua menyertai Sporting Lisbon

Emiliano Insua


Pertahanan kiri Liverpool,  Emiliano Insua telah menyertai Kelab Portugal, Sporting Lisbon. Insua telah mengikat kontrak bersama kelab barunya itu, selama lima tahun.

Pemain berusia 22 tahun itu menghabiskan masa musim lalu sebagai pinjaman pada kelab Galatasaray, dan selepas kedatangan Jose Enrique awal bulan ini, Insua telah berada senarai bawah dalam susunan kombinasi di Anfield.

''Saya gembira. Kelab itu sedang berusaha untuk memenangi gelaran dan saya akan memberikan segala yang terbaik untuk Sporting." kata Insua.

Insua telah membuat 62 penampilan pada zamannya di Anfield selepas menyertai Liverpool dari Boca Juniors.

-Jose Enrique ada-

No comments:

Post a Comment