Friday 11 November 2011

Dalglish mahu pertemuan Piala Liga pasukannya dengan Chelsea dijadualkan semula

Dalglish kecewa


Kenny Dalglish telah dikejutkan oleh penjadualan perlawanan,  yang akan menyaksikan pasukannya  Liverpool  bermain dua perlawanan dalam masa 48 jam. 
The Reds akan bertemu Manchester City pada hari Ahad, 27 November sebelum melawat Chelsea dalam Piala Liga suku akhir pada  hari selasa berikutnya.  

''penjadualan ini amat memalukan, dimana dua perlawanan terpaksa di tempuhi pemain selang 48 jam sahaja'' kata Dalglish.
"Ini sepatutnya kewajipan pihak berkuasa bola sepak untuk memikirkan penyelesaian lain yang mengambil kira kebajikan pemain? Ini jelas tidak berlaku." tambahnya 
Beliau juga percaya ini akan menyukarkan banyak pihak.

Selepas rayuan jadual perlawanan disusun semula telah ditolak, Dalglish telah mengambil langkah yang pernah berlaku sebelum ini untuk memberi amaran kepada peminat dari membuat lawatan ke Stamford Bridge untuk pertemuan Chelsea kerana dia mungkin membariskan satu pasukan belia. 

 "Apabila kami meminta Liga Bola Sepak menunda permainan kami kepada satu tarikh yang lain, kami diberi jawapan  'itu mustahil'.. logik kah itu''? tambah beliau, dengan nada kecewa.

''Satu peringatan yang saya akan kata kepada penyokong kami. fikir masak2 sebelum membeli tiket untuk perlawanan Piala Liga itu nanti. Kami tidak mahu mereka menghabiskan wang mereka dengan melihat kami terpaksa menurunkan barisan pemain belia.'' kata Dalglish. 

*kami tetap percayakan anda KD. YNWA

No comments:

Post a Comment