Thursday 26 April 2012

Home Away

Di katakan kit home away musim depan bersama jenama baru



You'll Never Walk Alone.  salam gang rasanya lama tak mengupdate  blog KHSM. semua kerana kesibukan , masa yang terhad..dan yang paling benar sekali malas. ok.
Final FA Cup harap menjadi milik kita. Chelsea amat hebat ketika ini. Chelsea juga telah mengajar dunia bagaimana utk menewaskan kelab terkuat dunia seperti Barcelona. Tapi tak bermakna Liverpool tidak mampu menewaskan Chelsea. anda nampak kebangkitan Torres.? harus berjaga jaga Liverpool.
So, seperti yg anda tahu, maybe tak semua antara kita tahu. Jenama Adidas mungkin tidak akan tertera di jersi Liverpool selepas musim ini. Warrior akan menggantikan jenama itu. tentu ramai tak mengetahui apakah jenama Warrior ini. Aku pun tak tahu, kita tunggu sahaja masanya.
sambil tu tengok2 la gambar yg aku ciplak dekat internet ni, yg dikongsikan oleh seorang rakan di page FB. gambar kit home dan away musim depan. sama ada betul atau tidak tunggu saja masanya.
cau cin cauuuuuu..


Saturday 17 December 2011

Jonjo Shelvey memenangi anugerah pemain muda Liga


Pemain tengah Liverpool,  Jonjo Shelvey yang di pinjamkan kepada Blackpool. Telah memenangi anugerah pemain muda liga. Sekaligus memberi peluang  mendapatkan tempat dalam pasukan utama. 

Shelvey berusia 19 tahun, memenangi anugerah bulan November itu selepas menjaringkan 4 gol dalam 5 perlawanan.

''saya cuba sedaya upaya, utk mencari ruang kembali bermain bersama pasukan Liverpool dan utk terus bermain di sana''. kata Shelvey.
''berada dalam pasukan Blackpool banyak membantu saya utk rancangan kembali semula ke Liverpool'' ujarnya lagi.

Shelvey dipanggil semula oleh The Reds pada akhir bulan November selepas kecederaan  Lucas Leiva. dan telah bermain selama tiga minit sebagai pemain gantian pada akhir kemenangan Sabtu ke atas QPR. Dengan ketua pasukan Liverpool, Steven Gerrard masih berada di luar berehat kerana kecederaan, dan pemain tengah Jay Spearing digantung dua perlawanan. Telah memberi kelebihan kepada Shelvey bermain bersama pasukan utama. 

ujar Shelvey lagi ''saya rasa apabila di pinjamkan kepada pasukan lain, ini telah banyak membantu saya mendapatkan semula keyakinan dalam permainan''.

*wah wah tahniah Shelvey, kalau mengikut kata Shelvey dia berkeyakinan semula selepas dipinjamkan kepada pasukan lain. Apa kata KD pinjamkn  beberapa pemain yg seperti kurang keyakinan tu. bagi mengembalikan keyakinan mereka, dan mengembalikan era kegemilangan Liverpool, yang semakin ditagihi dan dirindui peminat dan penyokong seluruh dunia.  YNWA

Monday 21 November 2011

Chelsea 1 - 2 Liverpool

Kemenangan tipis 1-2 ke atas Chelsea di Stamford Bridge. Memastikan Liverpool membawa pulang 3 mata ke Anfield. Boleh dikatakan perlawanan ini penting, kerana dalam beberapa siri perlawanan sebelumnya Liverpool hanya mampu seri dan mengutip 1 mata.

kedudukan terkini dan rekod 5 perlawanan lepas.


















Wira  dalam game ini Maxi Rodriguez dan Glen Johnson. Terbaik dari Johnson apabila berlari dari posisi pertahanan naik keatas, mengambil umpanan dan terus meluru membawa bola ke gawang Chelsea lalu menghasilkan gol kemenangan. Gol tunggal Chelsea pula dijaringkan oleh mamat ketiak masam Daniel Sturridge..

Gol pertama oleh Maxi

Gol kemenangan oleh Johnson

*selepas ni bertemu Manchester City yg semakin gah sekarang ini.. Pertemuan di Anfield. ada rezeki Liverpool menang. YNWA.