Saturday 21 May 2011

Liverpool Cuba Merisik Sayap Lille


Berikutan isyarat yang dikeluarkan oleh Eden Hazard, yang dia sudah bersedia untuk ke kelab yang lebih besar berbanding Lille, Liverpool diberitakan sudah membuat pertanyaan rasmi untuk membawa pemain sayap ini ke Anfield. Antara pakej yang dijanjikan adalah tempat untuk berada di kesebelasan utama.

Sememangnya pemain yang berusia 20 tahun ini dikira sudah cukup syaratnya untuk mematuhi polisi pembelian pemain yang ditetapkan NESV tetapi Liverpool kini perlu bersaing dengan kelab-kelab gergasi Eropah yang lain kerana Eden Hazard juga sudah sekian lama diperhatikan oleh kelab-kelab yang lain sebelum ini seperti Arsenal, Manchester United, Chelsea, Real Madrid, Juventus dan Inter Milan. Inter Milan dan Arsenal sebelum ini juga dikatakan pernah merisik pemain ini beberapa bulan lalu dan peluang Liverpool akan nampak lebih sukar sekiranya meraka gagal menempatkan diri di dalam kejohanan Eropah pada musim depan.

Hazard dipercayai berharga disekitar £15 juta dan kini telahpun mengumpul 19 kemunculan di peringkat antarabangsa bersama Belgium. Pemain yang terkenal dengan kelincahannya mengawal bola dan meloloskan diri ditengah pertahanan lawan ini berkata dia mensasarkan untuk bermain di Seria A dan memberitahu yang dia tidak mungkin akan ke Real Madrid kerana peluangnya untuk bermain di kesebelsan utama nampak sukar.

Tak kisah siapa yang di bawa ke Anfield musim depan. Janji berbaloi

Wednesday 4 May 2011

Jamie Carragher Mahukan Tempat Dalam Liga Eropah


Jamie Carragher mengatakan dia tidak ragu tentang keupayaan, kelayakan untuk Liga Eropah. Dia ingin bekerja keras, untuk mengakhiri musim mereka dengan kedudukan tertinggi Liga Inggeris. Dan terus mendapat tempat ke eropah.

 "Jika kita terus menang baki perlawanan, kita mempunyai peluang bagus untuk mendapatkannya''. ujar Carragher.

''Tottenham juga merasakan hal yang sama, dan saya pikir ini akan menjadi perlawanan penting ketika mereka berkunjung di Anfield'' ujarnya lagi.

Carragher sememangnya berharap. Liverpool akan menyertai Liga Eropah, Sesuatu yg mahu dia lihat pada akhir-akhir kerjayanya.
'' Saya ingin melihat kedepan, ingin mendapatkan lebih banyak kemenangan, mudah-mudahan penampilan Liverpool kali ini dapat melakukannya dengan baik dan memenangi trofi, sebelum saya bersara'' katanya.

-Perdebatan di Merseyside tertumpu kepada, adakah kempen Liga Eropah akan membantu atau menghalang kemajuan Liverpool musim depan-

Tuesday 3 May 2011

Sami Hyypia Bersara

Bekas kapten Liverpool, Sami Hyypia telah mengumumkan pengunduran dirinya daripada bola sepak.
Bek Finland, 37, menamatkan kerjayanya selepas dua musim di Jerman bersama Bayer Leverkusen.

Dia berkata, "Keputusan bersara berkembang secara berperingkat sepanjang musim ini, saya tak berminat lagi untuk pergi ke tempat lain dan bermain."

"Tiada penyesalan. Terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu sepanjang kerjaya dan penghargaan besar untuk saudara saya, tanpa keluarga dan teman-teman saya tak mungkin berjaya."

Hyypia kini mahu beralih ke karier kejurulatihan. Dia menambah, "Ini akan menjadi tahun yang menarik."
"Saya harus dapatkan lesen kejurulatihan dan kemudian saya mendapatkan pengalaman Leverkusen dan melatih pasukan kebangsaan." 


Liverpool 3-0 Newcastle

LIVERPOOL meneruskan kebangkitan mereka - meskipun sudah agak terlambat - dengan mengalahkan Newcastle United 3-0 di Anfield semalam.

Gol jaringan Maxi Rodriguez pada minit ke-10, penalti yang disempurnakan oleh Dirk Kuyt dan satu lagi gol jaringan Luis Suarez dalam separuh masa kedua, memberikan kemenangan yang selesa dan bergaya kepada anak didik Kenny Dalglish itu.

Liverpool kini melompat mengatasi Tottenham Hotspur ke tangga kelima dengan perbezaan gol yang lebih baik meskipun Spurs mempunyai satu perlawanan dalam tangan.

Dalam satu perlawanan yang terbuka dan pantas, Liverpool menguasai permainan dengan penjaga gawang Pepe Reina jarang-jarang digugat.
Barisan pertahanan Newcastle sebaliknya terpaksa bekerja keras untuk mengekang kelincahan Suarez, Rodriguez dan Kuyt.
Newcastle sebaliknya jarang-jarang mencipta peluang jaringan yang jelas dan keputusan tersebut mencerminkan bagaimana perlawanan yang berlangsung semalam.

Liverpool membuka jaringan pada minit ke-10 daripada satu serangan dari sebelah kanan.
John Flanagan menerima bola di bahagian sayap dan membuat hantaran lintang dari bahagian kanan.
Barisan pertahanan Newcastle gagal menyelamatkan keadaan apabila bola ditendang kepada Rodriguez, yang menjaringkan hat-trick semasa Liverpool membenam Birmingham City 5-0 pada hujung minggu lalu.
Rembatan penyerang Liverpool itu terkena Danny Simpson sebelum melewati penjaga gawang Newcastle, Tim Krul.
Permainan terus berjalan dengan rancak, pantas dan terbuka tetapi tidak ada gol yang dijaringkan lagi sehingga rehat.
Seminit selepas perlawanan dimulakan, Joey Barton membuat cubaan yang tidak tersasar jauh. Mungkin ia adalah cubaan terbaik Newcastle sejauh ini.
Suarez terus menimbulkan banyak masalah kepada barisan pertahanan Newcastle dan pada minit ke-56, satu hantaran silang daripada Rodriguez singgah pada palang gol Newcastle.
Newcastle melancarkan satu serangan selepas itu tetapi Liverpool pula yang menambah jaringan.
Penjaga gawang Reina membuat tendangan jauh ke kawasan Liverpool yang disambut baik oleh Suarez.
Dalam usahanya untuk menyekat Suarez, Michael Williamson telah menjatuhkan penyerang Uruguay Liverpool itu.
Kuyt dengan tenang menyempurnakan penalti yang diberikan untuk meletakkan Liverpool 2-0 di hadapan penyokong sendiri.

Pada minit ke-60, Kuyt nyaris menghukum Newcatle apabila tandukannya daripada satu tendangan bebas tersasar sedikit.
Namun, empat minit kemudian, barisan pertahanan Newcastle gagal menyekat Suarez daripada menjaringkan gol ketiga Liverpool.
Beliau yang membawa bola ke petak penalti Newcastle, cuba membuat umpanan kepada Kuyt.
Tetapi, bola terkena paha Fabricio Coloccini dan melantun kembali kepadanya dan Suarez tidak bermasalah menewaskan Krul dari jarak dekat.
Dalglish memasukkan penyerang Andy Carrol menggantikan Rodriguez dengan permainan tinggal sekitar 20 minit lagi.
Tetapi pemain tinggi lampai yang merupakan pembelian rekod bagi Liverpool, tidak menyerlah dan tidak langsung menguni Krul.

Pada minit ke-85, satu cubaan pemain midfield Newcastle, Kevin Nolan, melambung melewati palang gol Liverpool.
Pada lewat permainan, Newcastle cuba mengasak Liverpool dengan Jonas Gutierrez merupakan pemain mereka yang paling bekerja keras dan berbahaya.
Bagaimanapun, Liverpool bertahan dengan mantap dan mengekalkan kedudukan itu hingga wisel penamat.
Kedua-dua Liverpool dan Spurs kini mempunyai 55 mata dengan pasukan Dalglis mempunyai baki tiga lagi perlawanan sementara Spurs mempunyai baki emat perlawanan.

Manchester City yang sehingga semalam mempunyai lima lagi baki perlawanan, kini mempunyai 59 mata dan menduduki tempat keempat liga - kedudukan terakhir yang melayakkan kelab itu bersaing dalam Liga Juara-Juara musim depan.