Monday 21 November 2011

Chelsea 1 - 2 Liverpool

Kemenangan tipis 1-2 ke atas Chelsea di Stamford Bridge. Memastikan Liverpool membawa pulang 3 mata ke Anfield. Boleh dikatakan perlawanan ini penting, kerana dalam beberapa siri perlawanan sebelumnya Liverpool hanya mampu seri dan mengutip 1 mata.

kedudukan terkini dan rekod 5 perlawanan lepas.


















Wira  dalam game ini Maxi Rodriguez dan Glen Johnson. Terbaik dari Johnson apabila berlari dari posisi pertahanan naik keatas, mengambil umpanan dan terus meluru membawa bola ke gawang Chelsea lalu menghasilkan gol kemenangan. Gol tunggal Chelsea pula dijaringkan oleh mamat ketiak masam Daniel Sturridge..

Gol pertama oleh Maxi

Gol kemenangan oleh Johnson

*selepas ni bertemu Manchester City yg semakin gah sekarang ini.. Pertemuan di Anfield. ada rezeki Liverpool menang. YNWA. 


Friday 11 November 2011

Dalglish mahu pertemuan Piala Liga pasukannya dengan Chelsea dijadualkan semula

Dalglish kecewa


Kenny Dalglish telah dikejutkan oleh penjadualan perlawanan,  yang akan menyaksikan pasukannya  Liverpool  bermain dua perlawanan dalam masa 48 jam. 
The Reds akan bertemu Manchester City pada hari Ahad, 27 November sebelum melawat Chelsea dalam Piala Liga suku akhir pada  hari selasa berikutnya.  

''penjadualan ini amat memalukan, dimana dua perlawanan terpaksa di tempuhi pemain selang 48 jam sahaja'' kata Dalglish.
"Ini sepatutnya kewajipan pihak berkuasa bola sepak untuk memikirkan penyelesaian lain yang mengambil kira kebajikan pemain? Ini jelas tidak berlaku." tambahnya 
Beliau juga percaya ini akan menyukarkan banyak pihak.

Selepas rayuan jadual perlawanan disusun semula telah ditolak, Dalglish telah mengambil langkah yang pernah berlaku sebelum ini untuk memberi amaran kepada peminat dari membuat lawatan ke Stamford Bridge untuk pertemuan Chelsea kerana dia mungkin membariskan satu pasukan belia. 

 "Apabila kami meminta Liga Bola Sepak menunda permainan kami kepada satu tarikh yang lain, kami diberi jawapan  'itu mustahil'.. logik kah itu''? tambah beliau, dengan nada kecewa.

''Satu peringatan yang saya akan kata kepada penyokong kami. fikir masak2 sebelum membeli tiket untuk perlawanan Piala Liga itu nanti. Kami tidak mahu mereka menghabiskan wang mereka dengan melihat kami terpaksa menurunkan barisan pemain belia.'' kata Dalglish. 

*kami tetap percayakan anda KD. YNWA

Wednesday 9 November 2011

Damien Comolli mahukan khidmat pemain tengah Sao Paulo bintang muda dari Brazil.

Pengarah bola sepak Liverpool Damien Comolli, bersama Kenny Dalglish dipercayai sudah memulakan langkah untuk menandatangani khidmat pemain perangcang Sao Paulo, yang juga bintang muda dari Brazil.
Lucas Rodrigues Moura da Silva.



Lucas juga berada dalam skuad kebangsaan Brazil. pemain muda terbaik Amerika Selatan ketika ini.
Dengan keupayaan untuk bermain sebagai pemain tengah  atau sebagai pemain sayap, Lucas  cepat memperoleh panggilan pertama untuk skuad Menezes Mano dan menjaringkan gol antarabangsa pertama pada bulan September tahun ini apabila dia membuka jaringan menentang Argentina.  

*Harap Liverpool tidak membuat pembelian yang membazir, apa yang di perlukan Liverpool sekarang hanyalah seorang pemain yang mampu menghasilkan jaringan, yang mampu merobek gawang lawan tanpa belas kasihan. pemain yang mampu menghasilkan sesuatu apabila berada di depan gawang lawan tanpa tekanan. itu masalah yang sedang dihadapi oleh Liverpool ketika ini. ketiadaan 'Jentera Pemusnah'.