Saturday 27 August 2011

Insua menyertai Sporting Lisbon

Emiliano Insua


Pertahanan kiri Liverpool,  Emiliano Insua telah menyertai Kelab Portugal, Sporting Lisbon. Insua telah mengikat kontrak bersama kelab barunya itu, selama lima tahun.

Pemain berusia 22 tahun itu menghabiskan masa musim lalu sebagai pinjaman pada kelab Galatasaray, dan selepas kedatangan Jose Enrique awal bulan ini, Insua telah berada senarai bawah dalam susunan kombinasi di Anfield.

''Saya gembira. Kelab itu sedang berusaha untuk memenangi gelaran dan saya akan memberikan segala yang terbaik untuk Sporting." kata Insua.

Insua telah membuat 62 penampilan pada zamannya di Anfield selepas menyertai Liverpool dari Boca Juniors.

-Jose Enrique ada-

Alberto Aquilani selamat di pinjamkan ke AC Milan

Pemain tengah Liverpool, Alberto Aquilani telah menyiapkan diri sebagai pinjaman kepada AC Milan, Kelab dari Itali itu telah mengesahkannya.
Satu kenyataan daripada AC Milan berbunyi: "AC Milan mengumumkan ia telah memperolehi Alberto Aquilani atas pinjaman, dengan pilihan hak untuk membeli  pemain dari Liverpool."
Milan akan membuat pemindahan  kekal,  jika Aquilani melakukan sekurang-kurangnya 25 penampilan untuk mereka musim ini.

Aquilani, 27, menyertai Liverpool dari Roma pada tahun 2009, tetapi bergelut masalah tahap kecergasan (bukan cedera) sepanjang tempoh dua tahun di Merseyside, kemudian di pinjamkan kepada Juventus.

Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish mendedahkan sebab-sebab di sebalik pemindahan itu, beliau berkata dia tidak dapat mencari dan melihat ruang untuk Aquilani dalam pasukan Liverpool.
"Ia satu langkah yang besar untuk Alberto. Dia mempunyai isteri dan anak di sana. adalah sukar untuk beliau di sini''. 

"Saya datang ke Milan untuk buat yang terbaik. Mengenai melakukan sekurang-kurangnya 25 penampilan ? Ia tidak menjadi masalah bagi saya, dan saya tidak memikirkan tentang hal itu''. kata Aquilani. 
"Saya akan melakukan segala yang mungkin bagi menyempurnakan amanah kelab." tambahnya lagi. 



Aquilani telah memenangi 17 caps untuk Itali,  dan  sebahagian daripada skuad Azzurri  Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

-Sayangnya Aquilani pemain yang bagus, tetapi tiada peluang bersama Liverpool-

Thursday 25 August 2011

Bellamy Milik Liverpool, Jika Manchester City Benar Pindah Secara Percuma

Liverpool mempunyai harapan untuk membawa Craig Bellamy 32 kembali ke Anfield. Jika hanya, Manchester City sanggup untuk membenarkan Bellamy pindah secara percuma.

Keputusan muktamad bergantung kepada pertimbangan dan perbincangan pihak Manchester City.

Khabar angin baru-baru ini, Bellamy dikaitkan juga dengan Sunderland,  dan dipercayai telah menerima kontrak bernilai £95,000 seminggu bersama Sunderland.

Terdahulu, Bellamy meninggalkan Liverpool untuk menyertai West Ham United untuk musim 2007-09 sebelum menikmati kejayaan awal di bawah  pimpinan bekas boss wales, Mark Hughes di Manchester City 2009 hingga sekarang. Namun musim 2011-kini  Bellamy menghabiskan masa hanya sebagai pinjaman ke Cardiff City. Setelah Roberto Mancini mengantikan Hughes. 


-tak rugi ambil yang berumur, boleh jadi mentor kepada yang muda-

Meireles mengalami kecederaan tulang selangka


Raul Meireles telah mengalami kecederaan tulang selangka, terjatuh ketika cuba mencabar pertahanan exeter Dani Coles ketika merebut bola.  Meireles diberi bantuan oleh pasukan medik di tengah padang, beliau  bangun dan terus di bawa keluar. Andy Carroll di bawa masuk sebagai pertukaran.  

Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish telah mengesahkan bahawa  Meireles tidak akan keluar bermain. 
''Kami tidak tahu berapa serius kecederaan tetapi ia akan ambil masa beberapa minggu.'' kata Dalglish. 
ini mungkin agak menggusarkan sedikit penyokong2 dan peminat2 pasukan Liverpool.

Bagaimanapun Dalglish gembira dengan kemenangan 3-1 Liverpool ke atas Exeter. 

-ynwa-

Sunday 21 August 2011

Kemarau 11 Tahun Highbury + Emirates Berakhir

Luis Suarez membantu Liverpool meraih kemenangan liga pertama.  Juga kemenangan pertama  ke atas Arsenal di Stadium Emirates selepas 11 tahun.. Kemenangan 2-0 itu kini membolehkan Liverpool menduduki tangga kedua liga dengan 4 mata selepas Aston Villa.

Pada separuh masa pertama tiada sebarang gol di jaringkan. Separuh masa kedua, Arsenal bermain hanya 10 orang, apabila Emmanual Frimpong di layangkan kad merah, setelah melakukan kekasaran pada minit ke 70. Minit 71 Liverpool melakukan dua pertukaran, Memasukan Luis Suarez dan Raul Meireles,  bagi menggantikan Andy Carrol dan Dirk Kuyt. 

Percaturan Kenny Dalglish ternyata menjadi gandingan Suarez dan Meireles telah membuahkan hasil dengan jaringan Suarez utk menjadikan kedudukan 2-0 minit ke 90. Sebelum itu gol pertama Liverpool hasil sumbangan gol sendiri pemain tengah Arsenal, Aaron Ramsey minit 78. Kipas susah mati Liverpool mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ramsey.

Gandingan terbaik


Gol kemenangan Suarez

Frimpong yang mengecewakan skuad Meriam

Manager yang paling hampa

King yang gembira

Sunday 14 August 2011

Masih Awal Untuk Mengkritik

Pasti ramai peminat dan penyokong Liverpool merasa kecewa dengan keputusan perlawanan semalam. Hanya mampu seri 1-1 menentang Sunderland pada perlawanan pembukaan tirai musim baru. Tambah kecewa bila dua lagi peluang tersia begitu sahaja, penalti yang gagal disempurnakan oleh Suarez dan gol tidak sah dari Carrol.

Ternyata Sunderland bukan lah sebuah pasukan yang mudah untuk menunduk kalah. Terbukti apabila berjaya mengekang asakan Liverpool, dan berjaya menyamakan kedudukan gol melalui jaringan cantik Sebastian Larsson minit ke57. terdahulu jaringan Liverpool di jaringkan Luis Suarez minit ke11.

Masih terlalu awal untuk membuat kritikan kepada setiap pemain Liverpool yang bermain semalam. Kerana di awal musim mereka masih dalam peringkat mencari keserasian antara pemain baru dan lama. Sekurangnya 3 perlawanan lagi untuk mereka menemui keserasian.

Apapun, Kenny pasti ada sesuatu yang baik untuk anak buahnya bagi  perlawanan akan datang.





-Liverpool can do the best-

Saturday 13 August 2011

Enrique Gembira Bersama Kelab Terbaik Dunia

Jose Enrique secara rasminya telah menjadi milik Liverpool FC. Pemain bek kiri berusia 25 tahun itu di beli dari Newcastle United. Enrique dikhabarkan telah menandatangani kontrak jangka panjang bersama kelab Liverpool, dimana Liverpool telah membayar sekitar £6.3M utk mendapatkan khidmat Enrique.
Enrique menyertai Liverpool 24 jam lebih awal dari pembuka musim Liga Perdana di tempat sendiri bertemu Sunderland. 


 
''Ini adalah salah satu hari paling gembira dalam hidup saya. Saya telah datang kepada salah satu kelab terbesar bukan hanya di England, tetapi di dalam dunia,'' katanya. 
''Cita-cita saya adalah untuk memenangi apa saja bersama Liverpool. Pada tahun ini, kita tidak akan bermain dalam Liga Juara-Juara, jadi perkara yang paling penting adalah untuk mencuba dan memenangi liga." ujarnya dengan penuh semangat. 

Enrique menambah bahawa sejarah cemerlang Liverpool telah memainkan peranan penting dalam meyakinkan beliau untuk berpindah ke Anfield

-Selamat datang Jose Enrique-

Monday 1 August 2011

Selamat Menyambut Ramadhan

Kolam Hati ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak, kepada semua umat islam seluruh Malaysia dan dunia. elehh macam satu dunia faham Bahasa Malaysia.. alah google translate ada apa..


Terutama kepada peminat2 pasukan Liverpool yang beragama Islam. selamat berpuasa. juga kepada rakan2 Facebook LPFCM.
Ada orang tanya, apa maksud LPFCM ?. senang ja. mai nak habaq. maksud dia.. Lembaga Penapisan Filem Cincai Malaysia.. ha ha ha.. aku tau, anda tidak sebodoh itu untuk percaya. apa lagi kalau bukan..