Sunday 14 August 2011

Masih Awal Untuk Mengkritik

Pasti ramai peminat dan penyokong Liverpool merasa kecewa dengan keputusan perlawanan semalam. Hanya mampu seri 1-1 menentang Sunderland pada perlawanan pembukaan tirai musim baru. Tambah kecewa bila dua lagi peluang tersia begitu sahaja, penalti yang gagal disempurnakan oleh Suarez dan gol tidak sah dari Carrol.

Ternyata Sunderland bukan lah sebuah pasukan yang mudah untuk menunduk kalah. Terbukti apabila berjaya mengekang asakan Liverpool, dan berjaya menyamakan kedudukan gol melalui jaringan cantik Sebastian Larsson minit ke57. terdahulu jaringan Liverpool di jaringkan Luis Suarez minit ke11.

Masih terlalu awal untuk membuat kritikan kepada setiap pemain Liverpool yang bermain semalam. Kerana di awal musim mereka masih dalam peringkat mencari keserasian antara pemain baru dan lama. Sekurangnya 3 perlawanan lagi untuk mereka menemui keserasian.

Apapun, Kenny pasti ada sesuatu yang baik untuk anak buahnya bagi  perlawanan akan datang.





-Liverpool can do the best-

No comments:

Post a Comment