Saturday 13 August 2011

Enrique Gembira Bersama Kelab Terbaik Dunia

Jose Enrique secara rasminya telah menjadi milik Liverpool FC. Pemain bek kiri berusia 25 tahun itu di beli dari Newcastle United. Enrique dikhabarkan telah menandatangani kontrak jangka panjang bersama kelab Liverpool, dimana Liverpool telah membayar sekitar £6.3M utk mendapatkan khidmat Enrique.
Enrique menyertai Liverpool 24 jam lebih awal dari pembuka musim Liga Perdana di tempat sendiri bertemu Sunderland. 


 
''Ini adalah salah satu hari paling gembira dalam hidup saya. Saya telah datang kepada salah satu kelab terbesar bukan hanya di England, tetapi di dalam dunia,'' katanya. 
''Cita-cita saya adalah untuk memenangi apa saja bersama Liverpool. Pada tahun ini, kita tidak akan bermain dalam Liga Juara-Juara, jadi perkara yang paling penting adalah untuk mencuba dan memenangi liga." ujarnya dengan penuh semangat. 

Enrique menambah bahawa sejarah cemerlang Liverpool telah memainkan peranan penting dalam meyakinkan beliau untuk berpindah ke Anfield

-Selamat datang Jose Enrique-

No comments:

Post a Comment