Saturday 30 April 2011

Barisan Kemungkinan Liverpool vs Newcastle


Liverpool
Newcastle 

Liverpool 
Kesebelasan Utama : Reina, Flanagan, Carragher, Skrtel, Johnson/Robinson, Lucas, Spearing, Meireles, Carroll/Rodriguez, Kuyt, Suarez, 
Simpanan : Gulacsi, Kyrgiakos, Wilson, Shelvey, Cole, Poulsen, Ngog, Coady.

*Posisi bek kiri sama ada Johnson atau Robinson.
*Sekiranya Carroll tidak di turunkan Kuyt akan berganding bersama Suarez. dan posisi Kuyt  akan didiami Maxi. Jika Carroll bermain, Maxi akan berada di bangku simpanan. Dan Kuyt akan kembali ke posisi asal. 

*Barisan Newcastle tidak pasti.

-Segala perubahan Terletak di tangan KD. Tak kisah la mana2 barisan atau formasi. Liverpool tetap mantap dgn pemain yg ada-

Friday 29 April 2011

Andy Carroll Tidak Turun Menentang Bekas Kelab

Menurut sumber dari web espnstar melaporkan, pengurus Liverpool Kenny Daglish mengatakan bahawa berkemungkinan semasa pertemuan Liverpool dan Newcastle yg bakal berlangsung hujung minggu ini, The Reds tidak akan menurunkan khimat penyerang  35 juta Andy Carroll dalam pertemuan tersebut. 

Kecederaan Carroll berulang kembali, semasa perlawanan menentang Arsenal baru2 ini. kelab tidak mahu mengambil risiko dengan menurunkan Carroll, kerana risau kecederaanya bertambah serius. Biar la dia berehat, dan pulih sepenuhnya.” ujar KD. 

Nampaknya  Carroll tidak turun menentang ex-kelabnya, hanya sebagai penonton. Apa pun diharap Liverpool akan memberikan persembahan terbaik, dan perlu menang utk mencapai sasaran. 

Newcastle bukanlah lawan yg mudah. KD perlu menekankn anak buahnya supaya fokus dan jangan lalai. lihat saja bagaimana Newcastle mampu mengikat Arsenal 4-4. Walaupun pada awalnya mereka ketinggalan 4 gol. 

-Biarpun kalah, Liverpool tetap juara di hati kami penyokong2-

Thursday 28 April 2011

Jamie Carragher Memilih Cristiano Ronaldo

Pemain pertahanan Liverpool Jamie Carragher berkata, dia lebih gemar melihat aksi Cristiano Ronaldo daripada bintang Barcelona Lionel Messi. Ditanya antara kedua bintang itu, siapa yg lebih layak kalau dibawa beraksi dalam Liga Inggeris. Sudah tentu bintang Real Madrid itu menjadi pilihannya. 
"Pertanyaan yang sangat sulit. Saya pikir Messi adalah pemain terbaik di dunia tetapi saya lebih suka melihat Cristiano Ronaldo," ujar Carragher kepada The Daily Mail.

"Dia adalah pemain yg sempurna sebagai pemain bola sepak. Dia pantas, bertenaga, tegap dan mempunyai kemampuan luar biasa. hal ini membuatkanya sempurna untuk dia bermain dalam Liga Inggeris." ujarnya lagi.

Selain Carragher pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson juga menyatakan dirinya lebih suka Ronaldo dari Messi.

-Suka kalau Titus Palani James pulang, membantu memeriahkan kancah bola sepak Malaysia-

Wednesday 27 April 2011

Riena Tidak Akan Kemana Mana

Pepe Riena sebelum ini pernah menyuarakan akan meninggalkan Anfield. kerana tidak begitu gembira dengan prestasi Liverpool yg tidak menentu. Tambahan pula melihat rakan senegaranya keluar sorang demi sorang dari Anfield. Reina juga kecewa kerana Liverpool tidak membawa pemain berkualiti ke dalam kelab. Namun itu semua sebelum kehadiran Kenny Dalglish.

Sejak diambil alih oleh Kenny Dalglish. Liverpool kembali berada di tahap sepatutnya, menunjukkan permainan mantap serta corak taktikal yg bagus selain dilihat mampu mencabar pasukan top 4 EPL.
Reina melihat Liverpool dibawah kendalian Dalglish telah menunjukkan prestasi yg memberangsangkan serta janji positif yg ditunjukkan, dimana mereka sanggup berbelanja utk membawa pemain berkualiti ke dalam skuad Liverpool utk musim depan. 

Kini Reina berpuas hati, dan gembira berada di Anfield. Riena berkata dia tidak akan kemana-mana. 

-Tidak akan kemana-mana. Ayat tu susah nak percaya, sebab Torres pun pernah jugak mengaku begitu. Apa pun, tunggu dan lihat-

Mereka Kini Menjadi Sebutan


First NameJay
SurnameSpearing
Squad Number26
PositionCentral Midfield
Height1.68m
Weight70 kg
D.O.B.25 Nov 1988
Town of BirthWirral
Country of BirthEngland
Nationality English      




First NameJohn
SurnameFlanagan
Squad Number38
PositionRight Back
D.O.B.1 Jan 1993
Town of BirthLiverpool
Country of BirthEngland
NationalityEnglish
 

First NameJack
SurnameRobinson
Squad Number49
PositionDefender
Height1.68m
D.O.B.1 Sep 1993
Country of BirthEngland
 

First NameMartin
SurnameKelly
Squad Number34
PositionCentral Defender
Height1.91m
Weight77 kg
D.O.B.27 Apr 1990
Town of BirthWhiston
Country of BirthEngland
NationalityEnglish

Philippe Mexes Pun Boleh sekiranya tidak Dapat Gary Cahill

Liverpool akan berusaha mendapatkan Pertahanan Perancis Philippe Mexes secara percuma sekiranya Pertahanan Bolton Gary Cahill menolak tawaran mereka untuk ke Manchester United. Kenny Dalglish melihatkan Gary Cahill adalah pemain yang sesuai untuk menggantikan Jamie Carragher tetapi Liverpool perlu membayar £18 million untuk mendapatkannya.

Pengarah Bolasepak Liverpool yang juga berbangsa Perancis Damien Comolli sangat menyanjungi Philippe Mexes ketika dia berada di Auxerre lagi dan amat yakin yang dia akan ke Liverpool walaupun mendapat tawaran daripada Arsenal and AC Milan.

Permintaan bayaran gaji Mexes dijangka tidak menyukarkan Liverpool memandangkan dia didapatkan secara percuma, mengenai polisi FSG yang mahukan Liverpool menandatangani pemain muda, Mexes yang akan berusia 29 tahun masih boleh ditawarkan untuk penjualan semula.
Selain Gary Cahill, Dalglish kini juga mensasarkan pemain tengah Blackpool Charlie Adam, Ashley Young (Aston Villa), Matt Jarvis (Wolves), Antoine Griezmann (Real Sociedad) , Dimitri Payet (St Etienne) dan Yann M’Vila (Rennes). 

-Memang KD akan berbelanja besar musim panas ini-




Tuesday 26 April 2011

Liverpool mahu uji kegarangan Harimau Malaya

Liverpool telah mengesahkan untuk menjadikan Malaysia salah satu destinasi jelajah Asia mereka selain China dan Korea Selatan.

Pengesahan pasukan The Reds itu di buat selepas pasukan Chelsea memilih Kuala Lumpur sebagai pusat latihan pra musim mereka selama seminggu pada musim panas. Dimana sebelum ini pada 2009  Liverpool  telah memilih Singapura dan Thailand.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Ahmad Shah berkata, kehadiran Liverpool bukan sahaja mengembirakan penyokong The Reds di malaysia. Malah turut memberi peluang kepada   jurulatih skuad kebangsaan K Rajagobal menguji pemain-pemain kebangsaan menentang kelab bertaraf dunia.
Ini juga peluang buat K Rajagobal sebagai persiapan ke sukan SEA, dan kelayakan Piala Dunia. Katanya menerusi satu kenyataan yg dikeluarkan penganjur, ProEvents International Sdn Bhd.

Liverpool yg mempunyai ramai peminat di Asia, akan ke Guangzhou terlebih dahulu sebelum Kuala Lumpur. dan seterusnya mengakhiri siri jelajah di Seoul. Siri jelajah itu ditaja Standard Chartered.

Joe Cole Bakal Meninggalkan Anfield

Nasib Joe Cole bersama pasukan Liverpool bakal di ketahui apabila Kenny Dalglish membeli pemain baru musim panas ini.
Semenjak di datangkan dari Chelsea tahun lalu, Joe Cole masih belum menunjukan prestasi yg memberangsangkan. dan itu amat menggusarkan  Kenny Dalglish. sepanjang musim ini beliau hanya memanaskan bangku simpanan dan sebagai pemain gantian. Juga baru menghasilkan dua gol untuk 'The Reds'.

Kenny Dalglish sedang merancang  berbelanja besar untuk  membeli pemain-pemain terbaik pada musim panas ini. Dan itu akan lebih menyulitkan lagi Joe Cole untuk mendapat tempat di Anfield.
Namum begitu dua kelab telah menunjukan minat terhadap Joe Cole. West Ham dan Tottenham Hotspurs, Liverpool di laporkan sedia melepaskan pemain berusia 29 tahun tersebut dengan nilai 10juta pound.

Joe Cole sekarang dibayar 90.000 pound/minggu oleh Liverpool. Satu angka yg tinggi bagi membayar gaji  mana-mana pemain yg jarang beraksi.

-Setuju sekiranya KD mengeluarkan Joe Cole dan menggantikan player muda dan berkaliber-

Liverpool Mampu Bergelar Juara Musim Depan

Liverpool perlu membeli permain berkualiti utk menghadapi persaingan musim depan. 


'Liverpool mampu bersaing merebut gelaran juara Liga Premier Inggeris musim depan. dan sekaligus berpeluang menyandang gelaran juara buat kali ke19 Sekiranya Liverpool membeli permain berkualiti'. Kata permain sayap The Reds. Dirk Kuyt atau kunyit gelaran peminat di malaysia.
'Jika Kenny Dalglish menambah permain lagi, Liverpool bakal menjadi pasukan terbaik musim depan'. ujarnya.
'Lihat sahaja tahun 2009, kami hampir menjadi juara' tambahnya lagi.

Kuyt juga memuji kelab kerana, pantas membuat perancangan dengan membawa masuk dua penyerang sensasi Andy Carroll dan Luis Suarez. Kehadiran dua permain itu, mampu  menajamkan dan melancarkan serangan Liverpool ke kubu lawan. Walaupun telah ditinggalkan Fernando Torres. itu terbukti setelah Liverpool menang beberapa siri perlawanan. Paling meyakinkan kemenangan terbesar Liverpool musim ini ke atas Birmingham. Kemenangan 5-0 itu membuktikan, Liverpool telah berada di landasan sebenar. Untuk kebangkitan kembali era kegemilangan Liverpool FC satu ketika dulu.

Permain muda dalam pasukan Liverpool juga tidak mengecewakan seperti John Flanagan, Jack Robinson dan Jay Spearing. Mereka bermain dengan baik, dan tidak mengecewakan.  

Secubit Perihal Liverpool FC

Liverpool FC
Kelab Liverpool telah di tubuhkan pada mei, 1892. Oleh John Houlding, pemilik stadium Anfield yg ketika itu disewa oleh Everton.

John Houlding
John Houlding adalah seorang ahli perniagaan, pemilik kepada sebuah kilang membuat bir. Menjadi kaya raya setelah perniagaan beliau berjaya. Beliau dilantik menjadi ahli Majlis Bandaraya Liverpool sebagai wakil parti Konservatif utk kawasan Everton. Dalam tahun 1897, beliau dilantik menjadi Datuk Bandar Liverpool.
Jasa terbesar peninggalan John Houlding adalah penubuhan kelab Liverpool FC. yang berakar umbi dengan musuh ketat Everton.

Stadium Anfield 
Adalah gelanggang sendiri 'HOME' bagi pasukan Liverpool. Terletak di Anfield Road dalam daerah Anfield Liverpool. Anfield mempunyai reputasi sebagai sebuah kubu, dan dikenali sebagai 'Fortress Anfield'. Ketika Bill Shankly menjadi pengurus. Beliau telah mengarahkan satu papan tanda yg tertera 'This Is Anfield', di pasang di laluan antara bilik persalinan ke padang. Bertujuan menggusarkan pihak lawan. Setiap permain Liverpool pasti akan menyentuh papan tanda itu sebagai 'nasib baik'.


Gambar : John Houlding, Stadium Anfield, Laluan bilik persalinan ke padang yg mempunyai papan tanda 'This Is Anfield'.