Wednesday 27 April 2011

Riena Tidak Akan Kemana Mana

Pepe Riena sebelum ini pernah menyuarakan akan meninggalkan Anfield. kerana tidak begitu gembira dengan prestasi Liverpool yg tidak menentu. Tambahan pula melihat rakan senegaranya keluar sorang demi sorang dari Anfield. Reina juga kecewa kerana Liverpool tidak membawa pemain berkualiti ke dalam kelab. Namun itu semua sebelum kehadiran Kenny Dalglish.

Sejak diambil alih oleh Kenny Dalglish. Liverpool kembali berada di tahap sepatutnya, menunjukkan permainan mantap serta corak taktikal yg bagus selain dilihat mampu mencabar pasukan top 4 EPL.
Reina melihat Liverpool dibawah kendalian Dalglish telah menunjukkan prestasi yg memberangsangkan serta janji positif yg ditunjukkan, dimana mereka sanggup berbelanja utk membawa pemain berkualiti ke dalam skuad Liverpool utk musim depan. 

Kini Reina berpuas hati, dan gembira berada di Anfield. Riena berkata dia tidak akan kemana-mana. 

-Tidak akan kemana-mana. Ayat tu susah nak percaya, sebab Torres pun pernah jugak mengaku begitu. Apa pun, tunggu dan lihat-

No comments:

Post a Comment