Saturday 17 December 2011

Jonjo Shelvey memenangi anugerah pemain muda Liga


Pemain tengah Liverpool,  Jonjo Shelvey yang di pinjamkan kepada Blackpool. Telah memenangi anugerah pemain muda liga. Sekaligus memberi peluang  mendapatkan tempat dalam pasukan utama. 

Shelvey berusia 19 tahun, memenangi anugerah bulan November itu selepas menjaringkan 4 gol dalam 5 perlawanan.

''saya cuba sedaya upaya, utk mencari ruang kembali bermain bersama pasukan Liverpool dan utk terus bermain di sana''. kata Shelvey.
''berada dalam pasukan Blackpool banyak membantu saya utk rancangan kembali semula ke Liverpool'' ujarnya lagi.

Shelvey dipanggil semula oleh The Reds pada akhir bulan November selepas kecederaan  Lucas Leiva. dan telah bermain selama tiga minit sebagai pemain gantian pada akhir kemenangan Sabtu ke atas QPR. Dengan ketua pasukan Liverpool, Steven Gerrard masih berada di luar berehat kerana kecederaan, dan pemain tengah Jay Spearing digantung dua perlawanan. Telah memberi kelebihan kepada Shelvey bermain bersama pasukan utama. 

ujar Shelvey lagi ''saya rasa apabila di pinjamkan kepada pasukan lain, ini telah banyak membantu saya mendapatkan semula keyakinan dalam permainan''.

*wah wah tahniah Shelvey, kalau mengikut kata Shelvey dia berkeyakinan semula selepas dipinjamkan kepada pasukan lain. Apa kata KD pinjamkn  beberapa pemain yg seperti kurang keyakinan tu. bagi mengembalikan keyakinan mereka, dan mengembalikan era kegemilangan Liverpool, yang semakin ditagihi dan dirindui peminat dan penyokong seluruh dunia.  YNWA