Tuesday 26 April 2011

Liverpool mahu uji kegarangan Harimau Malaya

Liverpool telah mengesahkan untuk menjadikan Malaysia salah satu destinasi jelajah Asia mereka selain China dan Korea Selatan.

Pengesahan pasukan The Reds itu di buat selepas pasukan Chelsea memilih Kuala Lumpur sebagai pusat latihan pra musim mereka selama seminggu pada musim panas. Dimana sebelum ini pada 2009  Liverpool  telah memilih Singapura dan Thailand.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Ahmad Shah berkata, kehadiran Liverpool bukan sahaja mengembirakan penyokong The Reds di malaysia. Malah turut memberi peluang kepada   jurulatih skuad kebangsaan K Rajagobal menguji pemain-pemain kebangsaan menentang kelab bertaraf dunia.
Ini juga peluang buat K Rajagobal sebagai persiapan ke sukan SEA, dan kelayakan Piala Dunia. Katanya menerusi satu kenyataan yg dikeluarkan penganjur, ProEvents International Sdn Bhd.

Liverpool yg mempunyai ramai peminat di Asia, akan ke Guangzhou terlebih dahulu sebelum Kuala Lumpur. dan seterusnya mengakhiri siri jelajah di Seoul. Siri jelajah itu ditaja Standard Chartered.

No comments:

Post a Comment